Pelawat

Sunday 22 November 2015

Selamat Tinggal 2015

Assalamualaikum W.B.T

Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah (HUPH) adalah majlis yang terakhir bagi kami warga SKPB tahun nie.Segala penat lelah titik peluh sepanjang tahun, HUPH lah kemuncak majlis bagi menghargai murid-murid yang telah berjaya dalam peperiksaan sama ada dari segi Kurikulum mahupun Kokurikulum.

Bagi aku tahun 2015 ni berlalu begitu pantas.Sedar tak sedar dah penghujung tahun dah.Rasa macam baru ja 3 4 bulan.Tapi tu la realiti yang kita semua hadapi sekarang.Kini masa bercuti dah sampai.Masing-masing akan balik kampung untuk menikmati cuti bersama keluarga.

Mudah-mudahan tahun depan ada sinar baru untuk aku.Aaamin.
Kita hanya usaha selebihnya Allah yang tentukan..
Akhir kalam, terima kasih pada semua yang telah menjayakan Majlis HUPH SKPB 2015 sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.Tahun depan Jumpa Lagi..:-)










Monday 9 November 2015

PERKHEMAHAN UB 2015

Assalamualaikum W.B.T

Bersua lagi kita d alam maya ni yang mana sedikit sebanyak dapat aku catatkan dalam kehidupan aku d pedalaman bumi Borneo nie.Setiap yang berlaku pasti ada hikmah d sebaliknya.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Aku percaya apa yang aku hadapi sekarang pasti ada yang lebih baik menanti aku d hadapan. Yang penting aku perlu kuatkan semangat dan teruskan beristiqamah untuk hadapi hari-hari akan datang.
INSYAALLAH..*adoi emosi la plak..hihi

Baru-baru ni SKPB telah mengadakan perkhemahan Unit Beruniform(UB).Persediaan agak sederhana tp perjalanan perkhemahan sangat menarik.Terima kasih kawan-kawan semua yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan perkhemahan kita pada tahun nie.hehe.Kita dah buktikan perkhemahan UB sek pedalaman bole setanding dengan sek d luar biarpun kita serba kekurangan..hehe..U ALL THE BEST:)
Semangat kerjasama ini kita akan kekalkan sampai bila-bila:-)Aamin.....

Jom layan aksi-aksi sepanjang perkhemahan..hehehe





















Tahniah anak-anak murid anda berjaya sahut cabaran guru-guru.
Semoga kamu berjaya d dunia dan akhirat......

Friday 11 September 2015

Sambutan Merdeka Raya SKPB 2015

Assalamualaikum W.B.T

Pertama dan selamanya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan nikmat serta taufiq dan hidayahnya dapat aku teruskan kehidupan di pedalaman sabah.Sudah sebati jiwaku d sini tp hati kecil tetap mengharapkan keputusan positif permohonan pindah September bagi kemasukan sesi JAN 2016.

Bulan Ogos lalu SKPB telah mengadakan Program Sambutan Raya.Program yang dijalankan selama sebulan ini mendapat sambutan yang menggalakkan samada dari pihak PIBG,belia-belia dan semua penduduk.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Sambutan Merdeka Raya SKPB 2015 ialah:
1)Futsal murid lelaki & perempuan
2)Futsal wanita
3)Kejohanan Bola Sepak terbuka 9 sebelah (Piala Penumilek).

Aktiviti dijalankan sangat meriah.Jom layan gambar sepanjang sambutan diadakan.





















Biar gambar yang menceritakan kemeriahan program kami..hehe.
T.kasih pada semua yang telah menjayakan SMR 2015.
Iallah ada rezeki tahun depan kita anjur lg.Wslm

Wednesday 26 August 2015

SELAMAT TINGGAL TERUSAN SUGUT !!

Assalamualaikum W.B.T

Pertama dan selamanya aku bersyukur kehadrat Allah kerana dengan nikmat dan kehendaknya aku masih diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran sebagai anak perantauan demi menyebarkan ilmu d Bumi Borneo.

Aku d kejutkan dengan surat pertukaran pengubahsuaian sekolah..wawawa.Perkara yang aku tak jangka akan jadi kat aku.Tak kisah kalau d pindah ke negeri asal,akan tetapi aku d pindahkan ke kawasan lebih dalam.(Allah saja yang tau masa tu).Apa yang aku fikir time tu,janji Allah itu pasti. Allah xakan duga hambanya tanpa ada sebab.

"SETIAP KESUSAHAN PASTI ADA GANJARAN"

Disini aku kongsikan keadaan sekolah baru aku.
SK.Pantai Boring Beluran Sabah.









Inilah sekolah baruku.Jauh d mata dekat d hati.
Harapan aku tahun ni la last.Moga impian untuk berpindah tercapai.
Aamiiiiiin.....