Pelawat

Monday 12 March 2018

KHABAR 2018

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar semua?Dah lama x menulis blog ni.Rindu kat sahabat-sahabat,kawan-kawan seperjuangan seberang laut.Harap semua sihat dikala anda sedang diuji dengan cabaran halangan sekolah pedalaman tahap 3.

Insyaallah..Allah pasti akan membalas jasa kalian.Setiap apa yang berlaku pastu ada hikmahNYA.







Wednesday 16 November 2016

Kenangan Anak Perantau

Bismillah..
.
.
Ya Allah sebak aku malam ni..xtau la.#waaaaaaaa
Rindu aku kawan-kawan Sabah.Rindu aku kenangan2 6 tahun di sana.
Macam2 dugaan halangan aku tempuh.Benda tu la yang buat aku makin kuat sampai ke hari ni.
.
.
Untuk kawan-kawan, pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan..Tp aku percaya 'ukhuwah fillah' tidak akan luntur tetap terjalin.Jauh hanya jarak yang memisahkan kita,tp ukhuwah kita tetap terjalin.
.
.
Mungkin ni post terakhirku untuk 'HIDUP KU D PERANTAUAN'.Dah tamat perjalanan hidupku di negeri orang.Akan kugenggam erat2 kenangan ni buat tatapan aku di hari mendatang.
.
.
Insya ALLAH semoga BLOG ini dapat memberi manfaat kepada orang di luar sana.
Al-Fatihah untuk ayahku yang dah lama meninggalkan kami sekeluarga:-(




Friday 12 August 2016

Sambutan Hari Raya SKPB 2016

Assalamualaikum W.B.T

Bersua kembali kita di alam maya.Lama dah rasa tak update blog.
Maklumla sibuk sikit di pedalaman ni.Hari ni baru la berkesempatan nak jengok2 blog aku nie..huhu

Pada 04/08/2016 lepas kami warga sekolah telah mengadakan sambutan raya di peringkat sekolah dengan kerjasama PIBK.

Sambutan yang tidak segagah di bandar, tp sudah cukup bagi aku dan kawan2 merasai sambutan raya..hehe

Jom layaaaaaaaN....















Aku bangga menjadi sebahagian drp Warga SKPB.
Walaupun macam2 dugaan kita hadapi, kita tetap bersama.

"KAMI X RAMAI, TP KAMI ADA"

Korang adalah yang terbaik dalam kalangan yg terbaik!!
Semoga majlis sambutan ini akan terus menguatkan Ukhuwah antara kita semua.
AamiiiiiiiiN....

Sunday 22 November 2015

Selamat Tinggal 2015

Assalamualaikum W.B.T

Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah (HUPH) adalah majlis yang terakhir bagi kami warga SKPB tahun nie.Segala penat lelah titik peluh sepanjang tahun, HUPH lah kemuncak majlis bagi menghargai murid-murid yang telah berjaya dalam peperiksaan sama ada dari segi Kurikulum mahupun Kokurikulum.

Bagi aku tahun 2015 ni berlalu begitu pantas.Sedar tak sedar dah penghujung tahun dah.Rasa macam baru ja 3 4 bulan.Tapi tu la realiti yang kita semua hadapi sekarang.Kini masa bercuti dah sampai.Masing-masing akan balik kampung untuk menikmati cuti bersama keluarga.

Mudah-mudahan tahun depan ada sinar baru untuk aku.Aaamin.
Kita hanya usaha selebihnya Allah yang tentukan..
Akhir kalam, terima kasih pada semua yang telah menjayakan Majlis HUPH SKPB 2015 sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.Tahun depan Jumpa Lagi..:-)










Monday 9 November 2015

PERKHEMAHAN UB 2015

Assalamualaikum W.B.T

Bersua lagi kita d alam maya ni yang mana sedikit sebanyak dapat aku catatkan dalam kehidupan aku d pedalaman bumi Borneo nie.Setiap yang berlaku pasti ada hikmah d sebaliknya.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Aku percaya apa yang aku hadapi sekarang pasti ada yang lebih baik menanti aku d hadapan. Yang penting aku perlu kuatkan semangat dan teruskan beristiqamah untuk hadapi hari-hari akan datang.
INSYAALLAH..*adoi emosi la plak..hihi

Baru-baru ni SKPB telah mengadakan perkhemahan Unit Beruniform(UB).Persediaan agak sederhana tp perjalanan perkhemahan sangat menarik.Terima kasih kawan-kawan semua yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan perkhemahan kita pada tahun nie.hehe.Kita dah buktikan perkhemahan UB sek pedalaman bole setanding dengan sek d luar biarpun kita serba kekurangan..hehe..U ALL THE BEST:)
Semangat kerjasama ini kita akan kekalkan sampai bila-bila:-)Aamin.....

Jom layan aksi-aksi sepanjang perkhemahan..hehehe





















Tahniah anak-anak murid anda berjaya sahut cabaran guru-guru.
Semoga kamu berjaya d dunia dan akhirat......

Friday 11 September 2015

Sambutan Merdeka Raya SKPB 2015

Assalamualaikum W.B.T

Pertama dan selamanya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan nikmat serta taufiq dan hidayahnya dapat aku teruskan kehidupan di pedalaman sabah.Sudah sebati jiwaku d sini tp hati kecil tetap mengharapkan keputusan positif permohonan pindah September bagi kemasukan sesi JAN 2016.

Bulan Ogos lalu SKPB telah mengadakan Program Sambutan Raya.Program yang dijalankan selama sebulan ini mendapat sambutan yang menggalakkan samada dari pihak PIBG,belia-belia dan semua penduduk.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Sambutan Merdeka Raya SKPB 2015 ialah:
1)Futsal murid lelaki & perempuan
2)Futsal wanita
3)Kejohanan Bola Sepak terbuka 9 sebelah (Piala Penumilek).

Aktiviti dijalankan sangat meriah.Jom layan gambar sepanjang sambutan diadakan.





















Biar gambar yang menceritakan kemeriahan program kami..hehe.
T.kasih pada semua yang telah menjayakan SMR 2015.
Iallah ada rezeki tahun depan kita anjur lg.Wslm