Pelawat

Friday 22 November 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan 2013

Assalamualaikum W.B.T

Cepatnya masa berlalu...
Sedar tak sedar dah sampai penghujung sesi persekolahan tahun nie 2013.Segala persiapan sekolah dah selesai peperiksaan, isi SAPS dan semua lah.Termasuklah aku yang xsabar nak balik kampung cuti panjang.Lebih kurang sebulan setengah jugak cuti tahun nie.Macam2 dah dok rancang dalam kepala nie.(hehehe).
Jadi sebelum cuti sekolah, SK. Terusan sugut telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan.Majlis diadakan secara sederhana tp meriahnya bukan alang2.Cukup bagi kami yang sekolah di pedalaman.Sebelah pagi dimulakan dengan tandatangan buku rekod oleh ibubapa.Apabila selesai barulah HAC 2013 mula.

Tandatangan buku rekod oleh ibubapa

Pentas Hasil gubahan guru-guru pedalaman:)

JKKK, Ketua Kampung dan para ibubapa

Cendera kenangan dari SKTS kepada perasmi majlis

Penari-penari sebelum persembahan

Persembahan tarian..syook tgok..hehe

Gambar kenangan HAC 2013

Guru-guru menikmati jamuan

Makan setelah selesai majlis..alhamdulillah

Tuesday 2 July 2013

Sukan Sekolah SK. Terusan Sugut 2013

Assalamualaikum W.B.T

Sukan sekolah baru saja lepas.Tp mood semangat sukan masih terasa sampai sekarang..hehe..Sukan tahun ini ada kelainan sikit iaitu SK bergabung dengan SMK Terusan Sugut.Memang gempak habis kerana ini kali pertama sukan sekolah digabung.Ikhlasnya aku memang terharu dengan sokongan tidak terhingga dari ibu bapa, orang kampung yang mana banyak membantu dalam menjayakan sukan sekolah tahun ini.

Keputusan Sukan SK tahun ini :

Rumah Sukan Terbaik     : RUMAH KUNING
Perbarisan Terbaik      : RUMAH KUNING
Juara Keseluruhan       : RUMAH MERAH

In Sya ALLAH jika diizinkan ALLAH, tahun depan kita akan buat yang lebih baik..Harap UKHUWAH yang telah dibina akan kekal selamanya.Kenangan sukan tahun ini aku xkan lupa sampai bila2.:-)


 Gotong royong ibu bapa buat rumah sukan masing-masing

 Tengah menjahit atap untuk pondok sukan..:-)

 Semangat bantu membantu yang ditunjuk oleh ibu bapa

 Rumah biru tengah dipasang atap nipah

 Sokongan dari pihak ibu-ibu sangat meriah..siap ada makan minum lagi..hehe

 Penonton dari pelajar dan guru-guru

 Track and Field yang siap untuk diguna..

 Sabar ye..sekejap lagi belarian lah kamu..:)

RUMAH BIRU 

RUMAH MERAH 

RUMAH KUNING 

Perbarisan Terbaik..TAHNIAH !:-) 

Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan untuk rumah kuning 

Kenangan Sukan SKTS 2013 (rumah kuning)

Sekian dulu.Mata pn dah mengantok dah ni..Maklum la Sabah ni waktunya cepat sejam dari semenanjung..hehe..Assalamualaikum.


Friday 17 May 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Assalamaualaikum W.B.T

Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua bekas-bekas guruku dari sekolah rendah, menengah, universiti, maktab serta rakan-rakan guru seluruh Malaysia. Tanpa kalian semua aku tidak akan jadi mcm aku sekarang..Semoga Allah membalas jasa kalian semua yang mana aku xakan dapat balas sampai bila2..

                                                 ~TERIMA KASIH CIKGU~

تبارك الله فيك
Tanggal 16 MEI setiap tahun adalah tarikh keramat la lebih kurang bagi cikgu-cikgu kerana "Hari Guru" yang disambut seluruh Malaysia.Walaupun aku baru 3 tahun dalam bidang pendidikan ini, aku bersyukur dengan tunjuk ajar serta semangat dari kawan2 aku dapat teruskan perjuangan di pedalaman bumi Sabah ni. Aku percaya Allah lebih mengetahui apa yang hambaNYA tidak mengetahui..

Inilah sambutan kami guru pedalaman.Walaupun serba kekurangan dan xsama mcm sekolah d bandar, aku tetap bersyukur dan diharap ukhuwah antara kita semua terus berkekalan selama2nya..amiiiN:-).Semoga kita semua terus berbakti mendidik anak bangsa agar berjaya d dunia dan akhirat..


Mendengar amanat dari pk 1 Cikgu Adam..hehehe

Hidangan yang tersedia

time ni paling siuk nak makan..huhu..enjoy.

Friday 12 April 2013

Kokum Bulan APRIL

Assalamualaikum..
Rasa lama tak update blog nie..Untuk bulan ni aku nak masukkan aktiviti Kokum yang dijalankan sebulan 2kali iaitu setiap hari Selasa.Bila tgok murid-murid, teringat masa sekolah rendah dulu..hehe..Niat mai kokum nak main ja..mula dengan persatuan pastu kelab dan last skali permainan.Time ni la nak bersungguh main nih..:)