Pelawat

Saturday 20 August 2011

Rumah KU

Terusan Sugut memg menjadi kg kedua ku skg..Best disini sebenarnya..Bila dah lama d sini, qasa mcm dok d kg sendiri la plak..:-)*hehe

BAITI JANNATI
 Rumahku
 Waktu air pasang
 Sg.belakang rumah
 Pandangan dari belakang
Tangki air hujan

Thursday 18 August 2011

SekolahKU Tercinta

Setelah mcm2 tekaan y aku wat tentg pulau, skg tibalah masa nya aku akan mulakan perkhidmatan aku sebagai guru d pendalaman Sabah.Profesion yang agak mencabar bagi diri aku di samping cabaran sekeliling..SK TERUSAN SUGUT:)
Tangki2(biru) tadahan air hujan utk kegunaan sekolah
Solar Sekolah
Bangunan Kelas
Bangunan Pejabat
Permandangan Dari Depan




Sunday 14 August 2011

PengalamanKU

Utk topik nie, aku nak ceritakan pengalaman aku apabila dapat taw aku kena mengajar d SK Terusan Sugut. Memg perasaan syook waktu tu bila dapat peluang bleh mai Sabah keja d sini.Tp aku masih tertanya2 mcmna keadaan pulau y aku kena..Mcm2 dok bayang maklum la xpenah tpk nak kena posting kat pulau.

Terusan Sugut berada dalam area Beluran.Pertama kali nek bas dari KK aku trun d Simpg Beluran.
Simpang Beluran

Dari simpang ini, aku nek pairet (keta sapu) ke Beluran yang mengambil masa 45 minit..Terkejut aku apabila sampai d bandar Beluran, terus nampak jeti d mana terpampang sungai nya bleh tahan besar.Skali tgok mcm dah macam laut daa..Mula la pk mcm2..leh tahan ka aku kat pulau..Mana dak nya, bukan main besar sg, nek sampan aje..!!hehe
Laut Sulu
Aku masuk ke pulau naik bot untuk pertama kali nya yang mengambil masa 2 jam 15 minit..Bermula sungai dari jeti seterusnya trus meredah laut Sulu. Laut hari tu agak tenang sikit, jd xla terasa sgt ombak cuma skali skala kena jugak percikan air laut masuk dalam bot. Walaupun xberapa kuat hentakan, rasa jugak sakit badan bagun pagi besok (tp la ni dak dah..hehe).Memg luas laut Sulu sebenarnya. Rasa kerdil tersangat2 diri ni sebagai makhluk NYA bila berada di lautan Sulu yg terbentang luas. Air yg menghijau dan membiru mengingatkan aku tentang kuasa tuhan yang menciptakan sume ini dan xpernah aku alami semasa d semenanjung.

Saturday 13 August 2011

Pengenalan Terusan Sugut

Di sini aku nak cerita pengenalan tentang pulau nie..Apa yang berkaitan ngn pulau nie aku akan bgtaw untuk pengetahuan anda semua..Iallah.
Terusan Sugut terletak di bawah kawasan Zon Sugut. Zon Sugut meliput( Keniogan, Pantai Boring, Jambongan Sungai-Sungai, Limau-Limau, Babagu, Obah, Mamahat, Kualipan, keliagak ). Jarak dari Pekan Beluran ke Terusan Sugut adalah sejauh 170km. Hanya dengan bot sahaja anda bleh sampai ke TS kerana tiada jalan darat.Untuk sampai ke Terusan Sugut mahu xmahu terpaksalah merentasi Laut Sulu lebih kurang 2 jam hingga 3 jam menaiki bot dari pekan Beluran, bergantung pada kapasiti enjin dan keadaan cuaca. Kalu kena time berombak, terpaksa sakit pinggang sat qasa mcm naik kuda pn ada..tp memg best lah pengalaman y dapat d lupakan.Kalau mau ke Terusan Sugut ada 2 jeti utama di Beluran tempat bot dari kampung ni berlabuh. Yang pertama Jeti Petronas Beluran dan yang ke-2 Jeti Rest House Beluran. 

Jeti Pasar Beluran


Jeti Petronas Beluran


Thursday 11 August 2011

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah..
Setelah lama fikir dan renung, barulah ada ilham utk aku nak wat blog nie..hehe..padahal bukan penah pon dok qosek benda nie..
I'allah dengan semangat dan ketabahan yang ada dalam diri ni, aku akan kongsi kan dengan siapa2 yang ingin tahu tentang perjalanan dan suasana Sekolah d PEDALAMAN sabah ini..hehe:-)


SALAM RAMADHAN utk SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT..