Pelawat

Tuesday 7 October 2014

Sukan Tahunan SKTS 2014

Assalamualaikum..W.B.T

Baru-baru ni kami warga sekolah telah mengadakan sukan tahunan.
Jom layan gambar :-)
















Sunday 6 July 2014

Bola Sepak LIGA PENGETUA 2014

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sebelum cuti pertengahan tahun baru-baru ni, SMK Terusan Sugut telah menganjurkan Liga Bola Sepak ( PIALA PENGETUA ) 11 sebelah terbuka.Untuk pengetahuan semua, Liga Piala Pengetua ini adalah acara tahunan yang dianjurkan SMKTS sejak beberapa tahun yang lalu. Ia telah menjadi acara wajib tahunan dalam kalendar tahunan Kg. Terusan Sugut~hehehe~.

Alhamdulillah penyertaan tahun ini tidak mengecewakan iaitu 8 pasukan. Terdiri dari Kg Terusan Sugut, Pelajar SMKTS, Kg. Pantai Boring, Kg. Obah dan lain-lain lagi. Biar gambar yang berbicara:-)

Bekerjasama utk menjayakan liga.. 

 Jasa kalian amat d hargai

 Org kuat bahagian persiapan padang..hehe

Garis dlu bha.kejap lagi baru bual..hihi 

TEAM SEKOLAH

Tuesday 29 April 2014

Sukan (1 Murid 1 Sukan) 2014

Assalamualaikum W.B.T

Lama dah x update blog nie.
Sebulan dua ni macam sibuk pulak tak sempat nak masukkan cerita bru. Ok kita terus !! hehehe

Jumaat baru nie kami warga SKTS telah mengadakan Program 1Murid 1Sukan (1M1S). Program dikelola oleh Unit Kokurikulum. Terdapat 4 acara yang telah diatur oleh pihak sek iaitu futsal, bola jaring, larian dan sukaneka. Acara untuk tahap satu adalah larian dan sukaneka manakala acara untuk tahap dua adalah futsal dan bola jaring. Untuk acara larian dan sukaneka, aktiviti ini dijalankan di padang bola SKTS. Manakala acara futsal dan bola jaring tempatnya adalah di tapak solar.

Biar pun tak sehebat macam pelaksanaan sekolah di bandar, tetapi bagi kami di pedalaman ini ianya sangat menarik dan meriah. Apa yang penting boleh tengok murid-murid bergembira ketika aktiviti dijalankan.:)

Dimulakan dengan pemanasan badan.. 

Xsabar nak mula dah


Hahaha...sakan anak2 murid ku ni.. 

Team Bola Jaring 1 

Team Bola Jaring 2 

Guru serta KTBM siap sedia.. 

Tapak Solar sekolah

P/S : Harap blog ni dapat membantu sesiapa saja yang mencari maklumat tentang Terusan Sugut.