Pelawat

Tuesday 17 January 2012

Tahun Baru 2012

Assalamualaikum W.B.T
Kembali kita bertemu di tahun baru 2012.YA ALLAH sedar xsedar hambaMU ini dah setahun d dunia pendidikan dan d pedalaman dalam melaksanakankan amanahMU dan seterusnya mendidik anak bangsa untuk menjadi insan y cemerlang selaras dengan keredhaanMU..amiiiNN..:))


Sungguh berat hati nak balik Sabah bila dah cuti panjang hujung tahun.Terasa mcm baru saja cuti (sebulan xterasa bila bersama keluarga tersayang). Mcm2 kenangan aku balik kg cuti hujung tahun..Sume tu akan ku simpan menjadi kenangan TERINDAH..:-)


Bermula perjalanan ku pulang ke Sabah pada hari Ahad 1hb dengan menaiki bas dari utara tanahair terus ke KL.Sampai saja d puduraya, naseb la ada kawan ambil ptg tu.Sempat lagi berjalan2 di Petaling Street.Syoknya walaupun hakikatnya aku akan menuju ke Borneo.hehe sabo je la..


Flight aku dari LCCT ke KK pukul 640 pagi keesokan hari.Terpaksa la aku tido di kaki lima LCCT.Seawal jam 5 pagi aku dah bsiap nak Check In.Terbayang2 org lain masih di lamun mimpi indah, aku plak dalam perjalanan nak meneruskan kesinambungan ilmu untuk anak bangsa.Memang ramai sangat org d LCCT pagi tu akan ke destinasi masing2.Apa yang aku hadapi sume nie aku jadikan sebagai pengalaman yang akan terus tersemat di dalam lukisan kehidupanku.Betol org cakap, pengalaman tidak ternilai harganya dan xdapat dibeli dengan wang ringgit. Hanya Jauhari Yang Kenal Manikam.




Daripada maklumat yang aku terima dari org kg aku d Sabah, skg sudah musim utara( musim tengkujuh ).Untuk pengetahuan sume, musim utara diibaratkan sebagai musim menuai bagi nelayan2 d pulau aku.Ini kerana hasil nelayan memg mewah ketika musim ini iaitu udang.Tp yang lainnya plak, ombak memg terlampau kuat.Boleh mencecah sampai 6meter.Mcm mana la ni dah la nek sampan kecik ja..emm..


Sampai saja aku d jeti Beluran pukul 11 pagi 3HB, botman siap sedia tunggu d pengkalan(jeti).Wuuissh biaq betoi ! aku tengok dari jeti ombak boleh tahan gelombang.Ini baru d kuala apalagi kalau d Laut Sulu.Mcm2 aku pk.Bilang botman, jgn risaw bha..Kita ikut siring(tepi).Dari sungai kami terus lalu kuala dan menuju ke lautan yang terdampar luas Laut Sulu.Kami terpaksa masuk anak sungai walaupun jauh sikit jaraknya, kerana itu lah cara yang terbaik mengelakkan dari berlakunya apa y x diingini.palis palis bha :)






Kebiasaannya mengambil masa 2 jam, kali nie 3jam lebih baru sampai pulau aku.Apa pun aku tetap bersyukur perjalanan aku tempuhi dilindunyi NYA..AmiiiN..:)




Engkaulah Maha Penyanyang Lagi Maha Mengasihani !!